Monday, December 14, 2009

Esok, Segalanya Pasti Berubah ! (2)

Satu hari semasa waktu rehat, kumpulanku cuba untuk memanjat pagar sekolah apabila seorang pengawas perempuan meluru ke arah kami sambil menjerit, "Hoi, kamu semua buat apa hah ? Kamu nak panjat pagar ya?"

Lantas ketua kumpulanku yang sedang memanjat pagar turun sambil menjawab, "Memang kita orang nak panjat pagar sekolah. Kau susah kah ?"

Pengawas itu membalas dalam keadaan tenang dan suara yang lembut, "Saya memang tak susah kalau kamu semua panjat pagar sekolah tu, tapi yang susah nanti kamu semua dan pihak sekolah. Cuba kamu tengok pagar yang banyak duri tu." Kami semua memandang ke arah pagar itu dengan pandangan jakun kerana mahu menyindir pengawas sekolah itu.

Kemudian, pengawas yang bernama Batrisya itu menyambung, "Tajam, kan ?" Kalau salah seorang daripada kamu tersangkut macam mana? Sakit tau kalau tersangkut. Kamu juga yang menderita. Apabila dah kena, susahkan cikgu pula untuk jadi driver hantar you guys ke klinik. After that, you guys salahkan cikgu pula. Kamu..."

Aku pantas memintas kata-kata Batrisya yang berlagak seperti pakar kaunseling itu, "Cik pengawas, terima kasihlah sebab sudi tegur kami. Kami tak rugi, Cik Batrisya yang membazir masa kerana menyiram air ke daun keladi." Kemudian aku dan kawan-kawanku ketawa sambil berlalu pergi. Semasa berjalan, sempat juga aku melihat wajah Batrisya yang merah padam.

**********

bersambung...